Pakej ke Busan kami adalah salah satu pakej baru dan diwujudkan kerana terdapat route airasia daripada kuala lumpur ke Busan. Walaupun sedemikian, pakej ini mendapat sambutan yang baik dan memuaskan.
Busan adalah bandar kedua terbesar di Korea Selatan. Menjadi bandar kedua terbesar, busan turut mempunyai pelbagai tempat menarik untuk pelancong. Busan juga mempunyai tempat lawatan yang unik kerana mempunyai sejarahnya tersendiri.

